Nik Adli Nik Abdul Aziz

Nik Adli Nik Abdul Aziz (1967) dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006. Beliau dibawa dengan Pajero polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur. Nik Adli Nik Abdul Aziz dibebaskan dengan bersyarat. Beliau mesti melaporkan diri setiap Isnin di Ibu Pejabat Polis Kelantan . Beliau juga dilarang berucap di pentas selama 11 bulan .